moghamara:

My day in Adʿiyah

fatenmuhamad:

and keep praying to Allah. may He assist =)

fatenmuhamad:

and keep praying to Allah. may He assist =)

Jaga diri itu mudah.
Jaga hati itu susah.
Jaga iman?
Tak payah nak kata lah.

Kadang - kadang,
Rasa sedih tak punya sesiapa itu,
Takkan terbanding rasa duka dan luka saat hilangnya seseorang.

Sebab bila dia tak punya sesiapa,
dia akan ingatkan diri,
Ada Allah itu lebih dari cukup.
Sedang bila dia hilang apa yang dia sayang, dia mungkin lupa Allah itu lebih berhak atas apa yang dia sayang.

Itulah.
Sebab orang yang susah nak sayang,
Bila dia sayang, dia akan terlalu sayang.
kadang kadang hingga terlupa semua yang dia sayang itu akan pergi.

Dan tahu apa yang lebih susah?
Untuk orang yang tidak punya sesiapa itu tahu dan sedar,
Allah sedang melakukan ini kerana sayangkan dia.

Nangis.
Sama ada Tuhan mahu aku belajar bahawa semua yang disayang akan pergi,
Atau DIA mahu aku belajar apa sebabnya aku tak punya apa-apa pun yang aku rasa aku sayang.

kawan : “tumblr ni tempat untuk orang-orang yang patah hati ke?”

saya : “tak. ni tempat untuk orang-orang yang mencari kekuatan hati.”

literatureboy:

Tumblr adalah suatu es·cape

dan bukannya com·pe·ti·tion

ada masanya,
sakit itu tak boleh nak dijelaskan dengan kata-kata.
tak boleh nak ditulis dengan baris-baris nota.
tak boleh nak perah air mata keluar.
tak boleh nak jerit ke satu dunia.
tak boleh nak marah sesiapa.
tak boleh nak kongsi.
tak boleh nak cerita.
tak mahu disimpan, tak boleh nak dibuang.
cuma terasa dalam dada.
tak boleh nak buat apa.
telan dan hadap.
sambil minta simpati dan belas kasihan DIA.
kadang, bukan Allah tak tahu,
kita sudah lelah.
ujian sama.
sakitnya sama.
cuma insan yang berbeza dihantarnya.
tapi kerana kita yang masih gagal belajar dari ujian-NYA.

islahnafsi:

trying to - 

(Source: worshipgifs)

kalau dekat pusat kitar semula cuma ada 3 tong saja ; untuk plastik, aluminium dan kertas.

sedangkan hati adalah benda yang paling banyak dikitar semula. iyalah. walau luka, retak, hancur, berserpih, kita masih gunakannya berulang-ulang kali.

tapi ada je masa dan tempat yang sesuai untuk kitar semula hati. sepertiga malam. saat itulah saat terbaik untuk memproses hati yang dah rosak, sebab saat itu adalah saat Pembuat hati dekat dengan kita. dah dekat, mengadulah, berdoalah! mintak hati yang baru, yang lebih kuat, yang lebih tabah, dan yang tak mudah tergugat oleh duniawi.

proses itu inshaAllah akan membaikkan hati dan hati akan boleh digunakan semula.

kitar semula hati. dengan doa dan zikrullah.

Yakinlah dengan 3 hal ini:

(1) Tiada yang lebih sayang kepadamu, selain Rabbmu.

(2) Tiada yang paling tahu kegundahanmu, selain Rabbmu.

(3) Tiada yang bisa mengangkat kesulitanmu, selain Rabbmu.

nafsu datang pada mereka yang letih menunggu, cinta akan hadir pada mereka yang sabar menanti.
nrsyhdsmn:

InshaAllah

nrsyhdsmn:

InshaAllah

Duduk di kalangan mereka yang berilmu, aku malu.

Kecilnya aku.
Kerdilnya aku.

Mana nak sorok muka yang langsung tidak tahu menahu?

Pujuk hati, “Andai Allah detikkan rasa untuk melangkah, melangkah lah biar pun payah..”

Ilmu itu perlu di cari.
Ilmu itu perlu di kaji.
Ilmu itu perlu di gali.

Bukan di nanti..